Evolusi dan pengelasan Buaya

Evolusi

Ciri-ciri pembeza utama tetrapod diapsid ialah kehadiran dua bukaan (fenestra temporal) di kedua-dua belah tengkorak di belakang mata. Antara diapsid yang hidup termasuk semua jenis buaya, cicak, biawak, ular dan burung.[99] Ciri-ciri yang membezakan arkosaur daripada diapsid-diapsid yang lain ialah sepasang bukaan tambahan pada tengkorak (fenestra antorbital) di hadapan soket mata. Archosauria merupakan crown group yang mengandungi leluhur sepunya paling akhir bagi buaya dan burung dan segala keturunannya; terdiri daripada Pseudosuchia atau "buaya palsu", dan Ornithosuchia yang terdiri daripada dinosaur dan saudara-maranya, pterosaur dan burung-burung.[100] Pseudosuchia ditakrifkan sebagai buaya hidup dan semua arkosaur yang bertalian rapat dengan buaya daripada burung. Pecahan Pseudosuchia–burung difikirkan berlaku menjelang peristiwa kepupusan besar-besaran Perm–Trias.[101] Pada buaya moden, fenestra antorbital disekat di luar dinding dan wujud hanya sebagai sinus.[102] Anggota badan ini hadir pada kebanyakan leluhur fosil sebagai bukaan kecil.[103]

Restorasi makhluk berbentuk buaya purba Protosuchus

Makhluk-makhluk Crocodylomorpha (bentuk buaya) merupakan satu-satunya cabang Pseudosuchia yang terselamat daripada peristiwa kepupusan Trias–Jura 201.3 juta tahun dahulu. Ketika awal usia Jurasik, dinosaur menguasai daratan sementara Crocodylomorpha menjalani proses adaptasi menyeluruh untuk mengisi ceruk-ceruk ekologi yang ditinggalkan oleh makhluk yang baru pupus. Bukti fosil menunjukkan bahawa makhluk bentuk buaya Mesozoik ini lebih pelbagai bentuknya daripada buaya moden. Ada yang menjadi insektivor yang kecil dan bergerak pantas, ada yang menjadi khusus makan ikan, ada lagi yang menjadi karnivor laut mahupun darat, dan sedikit lagi menjadi herbivor.[104] Tahap terawal evolusi buaya ialah Protosuchia yang berevolusi pada akhir Trias dan awal Jura, diikuti oleh Mesosuchia yang berbagai-bagai ketika usia Jura dan Tertier. Satu lagi kumpulan iaitu Eusuchia muncul pada akhir Usia Kapur 80 juta tahun dahlu dan mencakupi semua buaya yang hidup pada hari ini.

Susunan rangka buaya gergasi Deinosuchus dari akhir Usia Kapur di Amerika Utara

Protosuchia merupakan haiwan darat yang rata-rata kecil dengan muncung yang pendek serta kaki yang panjang. Ia mempunyai perisai bertulang dalam bentuk dua jalur plat yang menjangkau hingga kepala dan ekor, dan perisai inilah yang dikekalkan oleh kebanyakan buaya moden. Vertebranya (ruas tulang belakang) cembung pada dua permukaan besendi utama, dan lelangit bertulangnya kurang berkembang. Mesosuchia menyaksikan lakuran tulang lelangit yang membentuk lelangit bertulang kedua serta lorongan hidung yang lebih panjang hingga menghampiri tulang pterigoid (kepak). Ini membolehkan makhluk itu untuk bernafas melalui liang hidung sementara mulutnya terbuka dalam air Eusuchia meneruskan proses ini dengan liang hidung dalam kini terbuka melalui bukaan dalam tulang pterigoid. Vertebra Eusuchia mempunyai satu permukaan bersendi yang cekung dan satu yang cembung, membolehkan pergerakan seakan-akan sendi lesung antara vertebra, meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan. Eusuchia yang tertua dikenali ialah Hylaeochampsa vectiana dari awal Usia Kapur di Pulau Wight, United Kingdom,[105] disusuli oleh makhluk-makhluk seperti Pristichampsidae (buaya bertelapuk) pada zaman Paleogen.[106] Menjangkau usia Kapur dan Paleogen ialah genus Borealosuchus di Amerika Utara dengan enam spesies, namun kedudukan filogenetiknya tidak tentu.[107]

Ketiga-tiga cabang utama Crocodilia sudah bercapah pada akhir Mesozoik. Ahli-ahli yang terawal dikenali ialah alligatoroid dan gavialoid yang hidup di Amerika Utara dan Eropah pada usia Campagne (kira-kira 83.6–72.1 juta tahun dahulu). Biarpun crocodyloid yang pertama dikenali muncul pada usia Maastricht (kira-kira 72.1–66.0 jtd), namun salasilah itu tentu sudah hadir pada usia Campagne, malah alligatoroid dan gavialoid terawal merangkumi bentuk-bentuk terbitan yang ketara, menunjukkan bahawa masa percapahan sebenar antara ketiga-tiga salasilah mestilah peristiwa sebelum Campagne.[108]

Hubungan

Borealosuchus wilsoni

Hubungan filogenetik sesama buaya dijadikan perbualan hangat dengan hasil bercanggah-canggah. Banyak kajian serta hasilnya dalam kladogram atau "salasilah" buaya, mendapati bahawa keluarga "muncung pendek" Crocodylidae dan Alligatoridae bertalian rapat sementara Gavialidae yang bermuncung panjang jauh bercapah. Yang terhasil kelompok spesies bermuncung pendek Brevirostres disokong rata-ratanya oleh kajian yang hanya menganalisis ciri-ciri rangka.[109]

Pada 2012, Erickson et al. menghasilkan filogeni yang terbentuk daripada penjujukan DNA untuk menjadikan kladogram kebarangkalian maksimum tentang pertalian antara jenis-jenis buaya yang hidup (kecuali yacare caiman yang ketiadaan bukti DNA). Dalam yang ini, kewujudan kumpulan Brevirostres ditolak, dengan gavalid (jejulong) bermuncung panjang lebih rapat pertaliannya dengan buaya jati berbanding aligator.

Crocodilia
Alligatoridae



Caiman



Melanosuchus




Paleosuchus




Alligator




Crocodylidae

Crocodylus




Mecistops



Osteolaemus




Gavialidae

Gavialis



Tomistoma






Taksonomi

Gharial jantan mempunyai muncung panjang runcing dengan cembung di hujung.

Gavialidae ada dua spesies ekstan, iaitu gharial dan jolong-jolong (false gharial). Gharial dikenali dengan muncung panjang runcing dengan cembung yang ketara di hujung. Jenis ini jarang ditemui dan hanya terdapat di Asia Selatan.

Gigi bawah aligator dan caiman, seperti yacare caiman ini, biasanya tidak kelihatan apabila mulut tutup.

Alligatoridae yang ekstan merupakan dua spesies dalam genus Alligator, dan enam spesies yang bergelar caiman yang terbahagi kepada tiga genus. Dikenali dengan muncung yang lebar, di mana gigi keempat rahang bawah tidak kelihatan apabila mulutnya tutup.

Gigi bawah keempat buaya sejati, seperti buaya penyamun ini, terdedah apabila mulutnya tutup.Buaya kerdil Afrika Barat pendek mancungnya.
    • Genus Mecistops
      • Buaya muncung runcing (Mecistops [Crocodylus] cataphractus)
    • Genus Osteolaemus
      • Buaya kerdil (Osteolaemus tetraspis)

Crocodylidae yang ekstan adalah 12 spesies dan genus Crocodylus dan dua spesies dalam genus lain. Terdapat pelbagai bentuk muncung, tetapi dikenali dengan gigi keempat rahang bawah yang kelihatan apabila mulut ditutup.

Rujukan

WikiPedia: Buaya http://www.newholland.com.au/products/docs/9781741... http://www.publish.csiro.au/pid/7185.htm http://espace.library.uq.edu.au/eserv.php?pid=UQ:9... http://www.abc.net.au/science/articles/2012/04/25/... http://www.american-alligator.com/Crocodiles-and-A... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/289723/i... http://www.crocodilian.com/ http://www.edjameson.com/Endangered%20Animals/page... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2013-0... http://news.nationalgeographic.com/news/2002/06/06...